Memuatkan...
Berjaya
Gagal
Memuatkan...

Your Cart

Troli anda kosong

* Free Shipping for purchase above RM150 within Peninsular Malaysia

Penjana OZON Elektrolitik

Penjana OZON Elektrolitik (E.O.G) mampu menghasilkan gas OZON pada kadar ketulenan yang tinggi daripada air bersih secara berkesan dan cekap, tanpa perlu bergantung pada kualiti air dan kelembapan.

Hasil sampingan yang dihasilkan hanya air dan HIDROGEN. Ini merupakan teknologi berasaskan OZON tercanggih buat masa kini.

Teknologi Inovatif &
Dipatenkan

Kolaborasi antara

Principle

Kelebihan OZON BiOLUX

Gas OZON Ketulenan Tinggi

Bebas daripada gas Nitrogen Oxides

Keterlarutan yang baik dalam air

Pengudaraan Mematuhi Piawaian OSHA

Tahan Lasak

Mengapa OZON BiOLUX?

Membasmi sehingga 99.99% bakteria dan kuman

Penyahbauan

Menguraikan 90% racun perosak

Semula Jadi

Tidak Mengeringkan Kulit

Bebas Alahan

Bebas Alkohol

Bebas Bahan Kimia

Bagaimana Udara dan
Permukaan Disanitasikan?

Teknologi E.O.G BiOLUX
Kaedah Pelepasan Korona
Kaedah Cahaya Ultraviolet
Ketulenan OZON Tinggi Secara Segera
Penghasilan OZON Beterusan
Output Secara Konsisten
Bebas Nitrogen Oxides
Penembusan Tinggi
Kurang Penyelenggaraan
Penggunaan Boleh Guna
Ketulenan OZON Tinggi Secara Segera
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Penghasilan OZON Beterusan
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Output Secara Konsisten
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Bebas Nitrogen Oxides
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Penembusan Tinggi
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Kurang Penyelenggaraan
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet
Penggunaan Boleh Guna
Teknologi E.O.G BiOLUXKaedah Pelepasan KoronaKaedah Cahaya Ultraviolet

Diuji dan Disahkan oleh

BERKESAN
DAN EFEKTIF

Pensijilan

FAQ

Apakah itu OZON?

OZON (O₃) ialah gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen. OZON terbentuk secara semula jadi dan wujud di permukaan bumi.


OZON terbentuk daripada oksigen semasa rebut petir atau di sekitar voltan tinggi.  Sinaran ultraungu dari matahari juga akan menguraikan oksigen kepada molekul OZON.


Kita akan menghidu bau rumput yang segar selepas ribut petir, dan bau segar pada pakaian dijemur di bawah matahari. Ini adalah bau sebenar OZON.


Oleh kerana sifat pengoksidaannya yang sangat kuat, OZON digunakan secara meluas untuk membasmi bakteria dan virus, menghilangkan bau dan menguraikan racun perosak.  OZON akan bertukar kembali kepada oksigen selepas pengoksidaan, dan tidak meninggalkan sisa kimia.

Di atmosfera, 90% daripada OZON wujud di kawasan antara 15 dan 50 kilometer di atas tanah (juga dikenali sebagai stratosfera).


Lapisan OZON ini adalah untuk menapis sinaran ultra ungu (UV) bahaya pada sinaran matahari dan menghalangnya daripada sampai ke permukaan bumi, supaya melindungi makhluk hidup di permukaan bumi. Pendedahan jangka panjang kepada sinaran ultra ungu akan meningkatkan risiko kanser kulit, katarak, dan imuniti terjejas.


OZON dikenali sebagai tanda pencemaran fotokimia. Pencemaran fotokimia merujuk kepada pencemaran yang disebabkan oleh asap fotokimia. Asap fotokimia terbentuk terutamanya disebabkan oleh pelepasan gas dari ekzos kereta dan pelepasan ekzos industri.


Ekzos kereta dan gas ekzos industri mengandungi nitrogen oxides (NOx) dan sebatian organik meruap (VOC); OZON terbentuk di bawah penyinaran cahaya matahari dan sinaran ultra ungu.


Apabila pencemaran asap fotokimia berlaku, kepekatan OZON di atmosfera akan meningkat. Jika kepekatan OZON di udara terlalu tinggi, ia akan menyebabkan keradangan pada saluran pernafasan bahagian atas, batuk, sakit kepala dan iritasi pada kulit, mata, dan mukosa hidung.


Walau bagaimanapun, OZON hanya akan memudaratkan apabila orang terdedah kepada kepekatan tinggi OZON dalam persekitaran tertutup untuk jangka masa yang lama. Oleh kerana OZON sangat aktif, ia akan cepat terurai menjadi oksigen, jadi kepekatan OZON tidak mungkin terkumpul sehingga tahap berbahaya dalam persekitaran semula jadi.

Gas tidak mempunyai bentuk yang tetap, maka ia bergerak secara rawak dan sukar dikawal. Oleh itu, air digunakan sebagai medium dan gas OZON dilarutkan ke dalamnya, air tersebut akan menjadi air OZON. Dengan itu, kita boleh menggunakan OZON lebih berkesan dan selamat.


Dengan teknologi pelarutan semburan pengatoman kami yang dipatenkan serta gas OZON ketulenan tinggi, OZON boleh dilarutkan dengan lebih cepat dan konsisten di dalam air sehingga 400%.


OZON boleh larut dalam air tetapi sebahagiannya akan terlepas ke atmosfera, dan pelepasan ini dipanggil pengudaraan (aeration).


Menurut Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat (OSHA), paras OZON yang tinggi di udara boleh menyebabkan sensitiviti pernafasan dan batuk. Ketidakselesaan akan hilang apabila anda pergi ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik, dan tidak mempunyai risiko keracunan.


OZON boleh mencetuskan sensitiviti pernafasan apabila mencapai tahap tertentu.


Menurut Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat (OSHA), garis panduan untuk OZON di tempat kerja adalah

0.2 ppm untuk pendedahan tidak lebih daripada 2 jam

0.1 ppm selama 8 jam sehari pendedahan melakukan kerja ringan

0.08 ppm selama 8 jam sehari pendedahan melakukan kerja sederhana

0.05 ppm selama 8 jam sehari pendedahan melakukan kerja berat


BiOLUX memenuhi piawaian keselamatan penggunaan OZON Amerika Syarikat dan Jepun mengenai penggunaan OZON.


Tahap min adalah kurang daripada 0.3ppm dalam 15 minit penggunaan berturut-turut.


Tahap min adalah kurang daripada 0.1ppm dalam 8 jam penggunaan jangka masa pendek.


Anda boleh menggunakan OZON BiOLUX tanpa risau.


OZON ialah pembasmi kuman semula jadi yang tidak meninggalkan sisa kimia selepas membunuh bakteria dan virus. Jadi, OZON tidak berbahaya kepada manusia.


Teknologi konvensional menjana OZON daripada udara, membawa kepada pembentukan nitrogen oxides (NOx) yang berbahaya.


BiOLUX menggunakan teknologi iEOG tercanggih untuk menjana OZON daripada air, tanpa nitrogen oxides (NOx)  berbahaya sebagai produk sampingan.


Air OZON adalah untuk kegunaan luaran sahaja untuk membasmi kuman dan penyanitasian. Ia tidak digalakkan untuk diminum kerana tidak banyak kertas penyelidikan yang terbukti mengenai manfaat kesihatan apabila diambil.

Barangan runcit organik tulen mungkin bebas daripada sisa racun perosak, tetapi pencemaran silang yang membawa kepada penyebaran bakteria boleh berlaku semasa pembungkusan, pengangkutan dan/atau penyimpanan.


Ini adalah kebimbangan utama bagi mereka yang mengambil sayur-sayuran mentah atau jus sayur-sayuran dan buah-buahan organik.


Mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran organik dengan air OZON BiOLUX masih perlu kerana ia boleh memanjangkan kesegaran dengan menyingkirkan bakteria.


Air OZON BiOLUX diperakui oleh U.K. Soil Association, ia tidak akan meninggalkan sisa kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan selepas dibilas dengan air OZON.


Kesan bakteriostatik air berasid datang daripada tindak balas kimia asid pada bakteria.


Ini boleh membunuh sesetenggah bakteria tetapi molekul yang terhasil daripada proses sedemikian menjadi sisa pada bahan makanan dan peralatan makan, dan boleh menjejaskan tekstur makanan.


Air OZON BiOLUX membunuh bakteria melalui pengoksidaan OZON, di mana OZON ditukar kepada oksigen tanpa sisa. Ini lebih berkesan daripada air berasid dan 100% selamat.


Alkohol adalah pembasmi kuman yang baik bergantung kepada kepekatan dan jenis alkohol.


Walau bagaimanapun, alcohol menyejat dengan cepat dan berkemungkinan tidak kekal di permukaan cukup lama untuk membunuh bakteria dan virus.


Selain itu, pembersih tangan berasaskan alkohol boleh mengganggu pH semula jadi dan penghalang kulit, menjadikan kulit terdedah kepada alergen yang boleh menembusi di bawah permukaan dan menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, lepuh, bengkak, mengelupas dan retak.


OZON selamat dan lembut untuk kulit, tidak akan mengalami masalah seperti yang dinyatakan di atas.


Sanitizer berasaskan klorin (hipoklorit) adalah sanitizer yang paling biasa digunakan yang berasaskan kimia.


OZON adalah 3000 lebih cepat dalam pengoksidaan dan 50 kali lebih kuat prestasi pengoksidaan berbanding dengan klorin. OZON juga bebas daripada bahan kimia.


Semestinya boleh. Air OZON menyingkirkan bakteria pada kulit dan menghancurkan sel-sel mati pada stratum korneum untuk menjadikan kulit anda lebih bersih. Ia selamat dan sangat efisien.


Menggosok dan mencuci tangan dengan sabun biasa memberikan kebersihan tangan dan penyingkiran bakteria tertentu. Lima atau lebih daripada lima minit membilas diperlukan untuk mencapai 90+% pembasmian bakteria.


Walau bagaimanapun, kepekatan OZON BiOLUX adalah sehingga 4ppm. Ia boleh membunuh sehingga 99.99% bakteria dan virus dalam beberapa saat.


Air OZON boleh digunakan untuk pembasmian kuman dan sanitasi tanpa sisa kimia.


OZON adalah agent semula jadi terbaik dalam pembersihan bahan makanan.


Apabila air OZON digunakan untuk memasak, OZON akan bertukar kepada oksigen dengan lebih cepat apabila terdapat haba dan tidak menyebabkan kebimbangan keselamatan.


Air OZON BiOLUX tidak mengubah pH air, dan juga tidak menghakis.


Air ini boleh digunakan untuk membersihkan peralatan dapur, barangan bayi dan pakaian dalam.


Air OZON hanya bertujuan untuk pembasmian kuman dan sanitasi. Mengeluarkan kotoran, dan penyingkiran tanah masih memerlukan detergen yang sesuai.