3-In-1 HYDROGEN Fountain:
Perlindungan dari dalaman dan luaran
1. Air HIDROGEN sebagai minuman
- Kepekatan HIDROGEN sehingga 1,299ppb
- Mempunyai tahap antioksidan yang sama dengan 100 biji buah lemon
2. Gas HIDROGEN untuk inhalasi
- 99.99% gas HIDROGEN tulen
- Inhalasi gas HIDROGEN selama 1 minit bersamaan dengan pengambilan 3L air HIDROGEN
3. Air OZON untuk disinfeksi
- Kepekatan OZON sehingga 4.0ppm
- Semula jadi, selamat dan bebas toksik
Mengapa badan kita memerlukan HIDROGEN?
Badan akan meningkatkan penghasilkan radikal bebas bertoksik apabila kita mempunyai tekanan, terdedah dengan pencemaran, pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat. Radikal bebas bertoksik ini akan menyerang sel badan yang akan merosotkan kesihatan dan terdedah dengan penyakit.
HIDROGEN merupakan antioksidan yang sangat kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas bertoksik daripada badan dan diperakui oleh lebih 1,000 artikel. Anda boleh menikmati kebaikan antioksidan, anti-inflamasi dan anti-penuaan melalui meminum air HIDROGEN dan inhalasi gas HIDROGEN.
Apakah itu OZON?
OZON adalah gas semula jadi yang terbentuk daripada 3 atom oksigen. Ia merupakan disinfektan yang bebas alkohol dan bahan kimia yang mampu membasmi bakteria dan virus, meghilangkan bau dan menguraikan racun perosak tanpa meninggalkan sisa berbahaya.
Saintis Jepun daripada Universiti Kesihatan Fujita telah mengesahkan bahawa OZON mampu membasmi coronavirus. Air OZON BiOLUX tidak akan memberikan alahan malah melembapkan kulit.
Kelebihan Produk
- Menggunakan teknologi DuPont Proton Exchange Membrane untuk menghasilkan gas HIDROGEN dan OZON secara terus daripada air, tanpa menggunakan elektrolit.
- Pematuhan ketat dengan spesifikasi keselamatan sehingga 70 paten antarabangsa.
- Bekalan segera air HIDROGEN dan OZON.
- Bebas sisa produk berbahaya seperti gas Nitrogen Oxides (NOx).
- Sistem saliran disinfek secara automatik setiap 24 jam.
- Tidak mengandungi mineral yang tercemar/larut di dalam air minuman kerana tidak mengandungi sebarang plat elektrod.
- Hanya menggunakan sensor inframerah untuk mengeluarkan air OZON bagi mengelakkan pencemaran bersilang.
HYDROGEN Fountain memerlukan pemasangan dan pihak kami akan menghubungi anda bagi proses pemasangan selepas selesai proses pembayaran.
Video Produk
Testimoni Pengguna (HIDROGEN)
Testimoni Pengguna (OZON)
HYDROGEN Fountain menyediakan air HIDROGEN untuk diminum, gas HIDROGEN untuk inhalasi dan air OZON sebagai disinfektan dan menyanitasi makanan.
Tidak, kami tidak menukar pH air dan air HIDROGEN BiOLUX adalah pH neutral.
Air bersih merupakan satu-satunya sumber penjanaan gas HIDROGEN. Penjana Elektrolitik HIDROGEN (EHG) yang dipatenkan telah digunakan untuk menjana gas HIDROGEN (H2) daripada molekul air bersih dan disimpan ke dalam tangki silinder. Kemudian, apabila air yang ditapis melalui tangki tersebut, gas HIDROGEN akan dilarutkan dengan kadar yang tinggi di dalam air. Air HIDROGEN akan dikeluarkan apabila butang sensor H2 ditekan.
Mineral alkali seperti magnesium, kalsium, kalium serta bikarbonat di dalam air akan menyebabkan air menjadi alkali.
Kebanyakan pengguna air alkali buatan (memecahkan molekul air dengan arus elektrik untuk menjadikan air alkali) mempunyai bacaan pH 9 di dalam air kencing. Akibatnya, badan tidak mempunyai sebarang perlindungan daripada mikrob berbahaya kerana air kencing terlalu berakali.
Pengambilan air alkali buatan akan meneutralkan pelbagai cecair berasid di dalam badan. Ia akan mengakibatkan pada pencernaan dan penyerapan elekrolit. Tanpa kunci elektrolit, anda berisiko kepada masalah dengan jantung.
Sumber: Dr Berg https://www.youtube.com/watch?v=ovCJ0RE2sok&ab_channel=Dr.EricBergDC
Pengambilan air HIDROGEN dapat memberikan kehidupan lebih baik dan sihat. HIDROGEN telah terbukti memiliki pelbagai kelebihan terapeutik merangkumi 170 model penyakit daripada tubuh manusia dan haiwan, serta diperlukan oleh semua organ di dalam tubuh badan dan telah diakui oleh 1,000+ penyelidik.
Radikal bebas bertoksik akan merosotkan kesihatan dan mudah jatuh sakit, dengan adanya HIDROGEN sebagai antioksidan yang kuat, ia mampu meneutralkannya serta mengurangkan inflamasi dan anti-penuaan.
Layari laman sesawang tertera bagi info lanjut mengenai kesan terapeutik HIDROGEN kepada organ:
http://www.molecularHYDROGENinstitute.com/studies
Tiada limit pengambilan harian. Namun, anda dinasihatkan mengambil sebanyak 1.5L air HIDROGEN setiap hari bagi memenuhi keperluan harian dan mendapat jumlah molekul HIDROGEN secukupnya untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya di dalam badan.
Boleh, ia tidak menjadi masalah kerana air HIDROGEN BiOLUX adalah pH neutral.
Anda dinasihatkan menjalani inhalasi sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Ketika inhalasi, gas HIDROGEN akan melalui sistem pernafasan dan akan memberi kesan kepada paru-paru dan otak dengan pantas bagi penyakit yang berkaitan (cth: demam, migrain, insomnia, radang paru-paru dan sebagainya). Oleh itu, anda boleh menjalani inhalasi dengan lebih kerap bergantung pada keperluan anda.
Anda tidak perlu risaukan tentang dos berlebihan. Berdasarkan FDA US, HIDROGEN telah disahkan selamat (GRAS). Pihak kami telah berdaftar di bawah GRN No. 520.
Rujukan: https://www.cfsanappsexternal.fda.gov/scripts/fdcc/index.cfm?set=GRASNotices&id=520#
Bagi mengekalkan kepekatan air HIDROGEN, anda dinasihatkan menyimpannya di dalam bekas kedap udara yang diperbuat daripada gelas, besi tahan karat atau botol disaluti aluminum. Isikan botol tersebut sehingga penuh dan elakkan daripada menggoncang.
Anda digalakkan supaya menyimpan air HIDROGEN di dalam botol air kecil (500ml) berbanding 1L, ini adalah kerana kebiasaannya kita tidak mampu menghabiskannya dalam masa yang singkat (30min). Namun, gas HIDROGEN akan tetap terbebas setiap kali penutup botol dibuka dan ia tidak lagi berada pada keadaan kedap udara. Bagi mendapatkan kesan terapeutik daripada air HIDROGEN, anda disarankan menghabiskannya dalam satu masa.
Air HIDROGEN BiOLUX yang baru dikeluarkan daripada HYDROGEN Fountain mengandungi kepekatan HIDROGEN sehingga 1,299ppb seperti mana diuji oleh Persatuan Promosi Air HIDROGEN Jepun (JHPA). Apabila ianya disimpan di dalam bekas kedap (gelas atau keluli tahan karat) tanpa dibuka, kepekatan HIDROGEN masih melebihi 1,000ppb selepas 24 jam.
Memandangkan HIDROGEN adalah gas paling ringan dan kecil, ia mudah meluap apabila terdedah dengan udara.
Anda disarankan mengambil air HIDROGEN dalam tempoh satu jam selepas dikeluarkan bagi mendapatkan kesan terapeutik antioksidan dan anti-inflamasi.
OZON adalah disinfektan semula jadi yang tidak meninggalkan sebarang sisa kimia selepas membasmi bakteria dan virus. Ia tidak memudaratkan kesihatan manusia.
Teknologi konvensional menjanakan OZON daripada udara akan menjurus kepada penghasilan nitrogen oxides (NOx) berbahaya.
Manakala, BiOLUX menggunakan teknologi iEOG yang menghasilkan OZON daripada air, di mana tiada pengeluaran berbahaya seperti nitrogen oxides (NOx). Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Ianya selamat dan bebas toksik.
Air bersih merupakan satu-satunya sumber penjanaan gas HIDROGEN. Penjana Elektrolitik OZON (EOG) yang dipatenkan telah digunakan untuk menjana gas OZON (O3) daripada molekul air bersih dan disimpan ke dalam tangki silinder. Kemudian, apabila air yang ditapis melalui tangki tersebut, gas OZON akan dilarutkan dengan kadar yang tinggi di dalam air. Air OZON akan dikeluarkan apabila butang sensor O3 diaktifkan.
Boleh. Saintis daripada Universiti Kesihatan Fujita telah mengesahkan bahawa gas OZON dengan kepekatan 0.05 hingga 0.1 million per bahagian (ppm), tahap yang dianggap tidak berbahaya kepada manusia dan mampu membasmi coronavirus.
Sumber: https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-OZONE-idUSKBN25M0SO
1. Membasmi bakteria dan virus
2. Menguraikan racun perosak
3. Menghilangkan bau busuk
Boleh. Anda boleh gantinkan kumuran berasaskan kimia dengan air OZON kerana ia mempunyai kesan efektif dalam mengekalkan kebersihan mulut. Laporan Ujian SGS telah menunjukkan bahawa penggunaan air OZON BiOLUX untuk berkumur, ia dapat mengurangkan penyakit periodontium dan masalah kerosakan gigi. (Laporan Ujian SGS, No. Laporan: PUB20B00133 & UG/2020/91400A-01)
Memandangkan air OZON adalah bahan semula jadi, ia tidak akan membahayakan sekiranya anda tertelan air OZON secara tidak sengaja.
Tempoh Pajakan
Kontrak Perkhidmatan