Memuatkan...
Berjaya
Gagal
Memuatkan...

Your Cart

Troli anda kosong

* Free Shipping for purchase above RM150 within Peninsular Malaysia

Family Combo
Family Combo
Family Combo
Family Combo

Family Combo

Wishlist
EOS7130-HG-EOS7190-R-EOS7161-R

Deposit MYR 22,768.00
Serendah MYR 948.67 / BulanRental   MYR

Kuantiti

Family Combo:
Beli HYDROGEN Fountain V-Plan dan Space Sanitizer System, PERCUMA Multipurpose OZONE Bottle

HYDROGEN Fountain V-Plan

Perlindungan dari dalaman dan luaran


1. Air HIDROGEN sebagai minuman

- Kepekatan HIDROGEN sehingga 1,299ppb

- Mempunyai tahap antioksidan yang sama dengan 100 biji buah lemon


2. Gas HIDROGEN untuk inhalasi

- 99.99% gas HIDROGEN tulen

- Inhalasi gas HIDROGEN selama 1 minit bersamaan dengan pengambilan 3L air HIDROGEN


3. Air OZON untuk disinfeksi

- Kepekatan OZON sehingga 4.0ppm

- Semula jadi, selamat dan bebas toksik


Mengapa badan kita memerlukan HIDROGEN?

Badan akan meningkatkan penghasilkan radikal bebas bertoksik apabila kita mempunyai tekanan, terdedah dengan pencemaran, pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat. Radikal bebas bertoksik ini akan menyerang sel badan yang akan merosotkan kesihatan dan terdedah dengan penyakit.


HIDROGEN merupakan antioksidan yang sangat kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas bertoksik daripada badan dan diperakui oleh lebih 1,000 artikel. Anda boleh menikmati kebaikan antioksidan, anti-inflamasi dan anti-penuaan melalui meminum air HIDROGEN dan inhalasi gas HIDROGEN.


Apakah itu OZON?

OZON adalah gas semula jadi yang terbentuk daripada 3 atom oksigen. Ia merupakan disinfektan yang bebas alkohol dan bahan kimia yang mampu membasmi bakteria dan virus, meghilangkan bau dan menguraikan racun perosak tanpa meninggalkan sisa berbahaya.


Saintis Jepun daripada Universiti Kesihatan Fujita telah mengesahkan bahawa OZON mampu membasmi coronavirus. Air OZON BiOLUX tidak akan memberikan alahan malah melembapkan kulit.


Kelebihan Produk

- Menggunakan teknologi DuPont Proton Exchange Membrane untuk menghasilkan gas HIDROGEN dan OZON secara terus daripada air, tanpa menggunakan elektrolit.

- Pematuhan ketat dengan spesifikasi keselamatan sehingga 70 paten antarabangsa. 

- Bekalan segera air HIDROGEN dan OZON.

- Bebas sisa produk berbahaya seperti gas Nitrogen Oxides (NOx).

- Sistem saliran disinfek secara automatik setiap 24 jam.

- Tidak mengandungi mineral yang tercemar/larut di dalam air minuman kerana tidak mengandungi sebarang plat elektrod.

- Hanya menggunakan sensor inframerah untuk mengeluarkan air OZON bagi mengelakkan pencemaran bersilang.


HYDROGEN Fountain memerlukan pemasangan dan pihak kami akan menghubungi anda bagi proses pemasangan selepas selesai proses pembayaran.


Lindungi Keluarga dengan OZON – Space Sanitizer System (SSS)

Space Sanitizer System menggunakan teknologi elektrolisis yang paling canggih, hanya perlu isikan dengan air bersih dan ia akan menukar kepada air OZON ketulenan yang tinggi untuk sanitasi udara dan permukaan secara aktif.


Space Sanitizer System bertindak lebih bagus daripada pembersih udara! Pembersih udara biasanya akan bertindak secara pasif, di mana udara yang tercemar akan ditapis dan mengeluarkan udara yang sama. Proses ini tidak membasmi bakteria dan virus di dalam udara.


Space Sanitizer System menyanitasi secara aktif dan disinfek udara serta permukaan melalui pembebasan OZON bagi membasmi bakteria dan virus. 


OZON BiOLUX adalah Semula Jadi dan Agen Pengoksidaan yang Kuat

- Membasmi 99.998% Virus COVID-19

- Menyingkirkan Bakteria & Virus

- Menghilangkan Bau Busuk


Kelebihan Produk:

- OZON tulen, bebas sisa buangan berbahaya seperti Nitrogen Oxides

- Sanitasi sehingga 100m2 (meter per segi)

- Fungsi kelembapan

- Reka bentuk kecil dan mudah alih, boleh diletakkan di atas meja atau dipasang pada dinding

- Bebas sisa kimia berbahaya kerana OZON hanya menghasilkan oksigen selepas sanitasi


Space Sanitizer System Sesuai Untuk:

- Mereka yang mempunyai asma dan masalah pernafasan

- Mereka yang memiliki haiwan peliharaan 

- Ibu dan bayi

- Mereka yang mempunyai alahan

- Mereka yang inginkan udara segar


Multipurpose OZONE Bottle

Menukarkan air paip kepada air OZON sebagai disinfektan. Semula jadi, selamat dan bebas bahan kimia.


Fungsi Air OZON BiOLUX:

- Membasmi 99.974% coronavirus (SARS-Cov-2)

- Membasmi sehingga 99.99% bakteria dan virus

- Menghilangkan bau busuk


OZON vs Sanitizer Berasaskan Klorin:

- 3000x lebih efektif

- 50x prestasi pengoksidaan lebih baik

- Bebas bahan kimia


OZON vs Sanitizer Berasaskan Alkohol:

- Bebas alahan

- Tidak mengeringkan kulit


Bagaimanakah cara menggunakan Multipurpose OZONE Bottle?

1. Isikan air

2.Tekan butang pengaktifan OZON

3. Sembur dan disinfek


Aplikasi air OZON:

- Membersihkan diri

- Menyanitasi permukaan

- Disinfek barangan bayi

- Disinfek kereta

- Menyahbau pada peliharaan

- Menyanitasi peralatan gim


Kelebihan Produk:

- Seunit Multipurpose OZONE Bottle mampu menjana sehingga 16,000 kali air OZON bagi setiap 150ml

- Bebas sisa kimia berbahaya seperti Nitrogen Oksida

- Menggunakan bateri cas semula Jenis-C, boleh digunakan sehingga 20 kali selepas pengecasan penuh

- OZON akan bertukar kepada oksigen setelah membasmi bakteria dan virus, dan tidak meninggalkan sisa berbahaya

1. HYDROGEN Fountain

Video Produk

Testimoni Pengguna (HIDROGEN)

Testimoni Pengguna (OZON)


2. Space Sanitizer System 

Video Produk

Unboxing

Ujian Bakteria ATP

3. Multipurpose OZONE Bottle

Video Produk

Ujian Bakteria ATP

Testimoni Pengguna

Manual Arahan


   




HYDROGEN Fountain menyediakan air HIDROGEN untuk diminum, gas HIDROGEN untuk inhalasi dan air OZON sebagai disinfektan dan menyanitasi makanan.

Tidak, kami tidak menukar pH air dan air HIDROGEN BiOLUX adalah pH neutral.

Air bersih merupakan satu-satunya sumber penjanaan gas HIDROGEN. Penjana Elektrolitik HIDROGEN (EHG) yang dipatenkan telah digunakan untuk menjana gas HIDROGEN (H2) daripada molekul air bersih dan disimpan ke dalam tangki silinder. Kemudian, apabila air yang ditapis melalui tangki tersebut, gas HIDROGEN akan dilarutkan dengan kadar yang tinggi di dalam air. Air HIDROGEN akan dikeluarkan apabila butang sensor H2 ditekan.

Mineral alkali seperti magnesium, kalsium, kalium serta bikarbonat di dalam air akan menyebabkan air menjadi alkali.


Kebanyakan pengguna air alkali buatan (memecahkan molekul air dengan arus elektrik untuk menjadikan air alkali) mempunyai bacaan pH 9 di dalam air kencing. Akibatnya, badan tidak mempunyai sebarang perlindungan daripada mikrob berbahaya kerana air kencing terlalu berakali.


Pengambilan air alkali buatan akan meneutralkan pelbagai cecair berasid di dalam badan. Ia akan mengakibatkan pada pencernaan dan penyerapan elekrolit. Tanpa kunci elektrolit, anda berisiko kepada masalah dengan jantung.

Sumber: Dr Berg https://www.youtube.com/watch?v=ovCJ0RE2sok&ab_channel=Dr.EricBergDC


Pengambilan air HIDROGEN dapat memberikan kehidupan lebih baik dan sihat. HIDROGEN telah terbukti memiliki pelbagai kelebihan terapeutik merangkumi 170 model penyakit daripada tubuh manusia dan haiwan, serta diperlukan oleh semua organ di dalam tubuh badan dan telah diakui oleh 1,000+ penyelidik.


Radikal bebas bertoksik akan merosotkan kesihatan dan mudah jatuh sakit, dengan adanya HIDROGEN sebagai antioksidan yang kuat, ia mampu meneutralkannya serta mengurangkan inflamasi dan anti-penuaan.


Layari laman sesawang tertera bagi info lanjut mengenai kesan terapeutik HIDROGEN kepada organ:

http://www.molecularHYDROGENinstitute.com/studies

Tiada limit pengambilan harian. Namun, anda dinasihatkan mengambil sebanyak 1.5L air HIDROGEN setiap hari bagi memenuhi keperluan harian dan mendapat jumlah molekul HIDROGEN secukupnya untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya di dalam badan.

Boleh, ia tidak menjadi masalah kerana air HIDROGEN BiOLUX adalah pH neutral.

Anda dinasihatkan menjalani inhalasi sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 


Ketika inhalasi, gas HIDROGEN akan melalui sistem pernafasan dan akan memberi kesan kepada paru-paru dan otak dengan pantas bagi penyakit yang berkaitan (cth: demam, migrain, insomnia, radang paru-paru dan sebagainya). Oleh itu, anda boleh menjalani inhalasi dengan lebih kerap bergantung pada keperluan anda.


Anda tidak perlu risaukan tentang dos berlebihan. Berdasarkan FDA US, HIDROGEN telah disahkan selamat (GRAS). Pihak kami telah berdaftar di bawah GRN No. 520.


Rujukan: https://www.cfsanappsexternal.fda.gov/scripts/fdcc/index.cfm?set=GRASNotices&id=520#

Bagi mengekalkan kepekatan air HIDROGEN, anda dinasihatkan menyimpannya di dalam bekas kedap udara yang diperbuat daripada gelas, besi tahan karat atau botol disaluti aluminum. Isikan botol tersebut sehingga penuh dan elakkan daripada menggoncang.


Anda digalakkan supaya menyimpan air HIDROGEN di dalam botol air kecil (500ml) berbanding 1L, ini adalah kerana kebiasaannya kita tidak mampu menghabiskannya dalam masa yang singkat (30min). Namun, gas HIDROGEN akan tetap terbebas setiap kali penutup botol dibuka dan ia tidak lagi berada pada keadaan kedap udara. Bagi mendapatkan kesan terapeutik daripada air HIDROGEN, anda disarankan menghabiskannya dalam satu masa.


Air HIDROGEN BiOLUX yang baru dikeluarkan daripada HYDROGEN Fountain mengandungi kepekatan HIDROGEN sehingga 1,299ppb seperti mana diuji oleh Persatuan Promosi Air HIDROGEN Jepun (JHPA). Apabila ianya disimpan di dalam bekas kedap (gelas atau keluli tahan karat) tanpa dibuka, kepekatan HIDROGEN masih melebihi 1,000ppb selepas 24 jam.

Memandangkan HIDROGEN adalah gas paling ringan dan kecil, ia mudah meluap apabila terdedah dengan udara.


Anda disarankan mengambil air HIDROGEN dalam tempoh satu jam selepas dikeluarkan bagi mendapatkan kesan terapeutik antioksidan dan anti-inflamasi.


OZON adalah disinfektan semula jadi yang tidak meninggalkan sebarang sisa kimia selepas membasmi bakteria dan virus. Ia tidak memudaratkan kesihatan manusia.


Teknologi konvensional menjanakan OZON daripada udara akan menjurus kepada penghasilan nitrogen oxides (NOx) berbahaya.


Manakala, BiOLUX menggunakan teknologi iEOG yang menghasilkan OZON daripada air, di mana tiada pengeluaran berbahaya seperti nitrogen oxides (NOx). Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Ianya selamat dan bebas toksik.

Air bersih merupakan satu-satunya sumber penjanaan gas HIDROGEN. Penjana Elektrolitik OZON (EOG) yang dipatenkan telah digunakan untuk menjana gas OZON (O3) daripada molekul air bersih dan disimpan ke dalam tangki silinder. Kemudian, apabila air yang ditapis melalui tangki tersebut, gas OZON akan dilarutkan dengan kadar yang tinggi di dalam air. Air OZON akan dikeluarkan apabila butang sensor O3 diaktifkan.

Boleh. Saintis daripada Universiti Kesihatan Fujita telah mengesahkan bahawa gas OZON dengan kepekatan 0.05 hingga 0.1 million per bahagian (ppm), tahap yang dianggap tidak berbahaya kepada manusia dan mampu membasmi coronavirus.


Sumber: https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-OZONE-idUSKBN25M0SO

1. Membasmi bakteria dan virus

2. Menguraikan racun perosak

3. Menghilangkan bau busuk

Boleh. Anda boleh gantinkan kumuran berasaskan kimia dengan air OZON kerana ia mempunyai kesan efektif dalam mengekalkan kebersihan mulut. Laporan Ujian SGS telah menunjukkan bahawa penggunaan air OZON BiOLUX untuk berkumur, ia dapat mengurangkan penyakit periodontium dan masalah kerosakan gigi. (Laporan Ujian SGS, No. Laporan: PUB20B00133 & UG/2020/91400A-01)


Memandangkan air OZON adalah bahan semula jadi, ia tidak akan membahayakan sekiranya anda tertelan air OZON secara tidak sengaja. 

Membebaskan gas OZON dengan kepekatan 0.05-0.1ppm ke udara, untuk membasmikan bakteria dan virus di udara dan permukaan secara aktif.

OZON adalah disinfektan semula jadi yang tidak meninggalkan sebarang sisa kimia selepas membasmi bakteria dan virus. Maka, ia tidak memudaratkan kesihatan.


Teknologi konvensional menjana OZON daripada udara akan menjurus kepada penghasilan nitrogen oxides yang berbahaya.


Manakala, BiOLUX menggunakan teknologi iEOG yang menjanakan OZON daripada air, di mana tiada pengeluaran berbahaya seperti nitrogen oxides. Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Ia selamat dan bebas daripada toksik.

Pembersih udara di pasaran bertindak secara pasif, di mana ia menapis udara yang tercemar dan mengeluarkan udara yang sama tanpa membasmi bakteria atau virus.


Space Sanitizer System bertindak secara aktif dalam menyanitasi dan disinfek udara dan permukaan dengan membebaskan OZON untuk membasmi bakteria dan virus.

Universiti Perubatan Nara di Jepun telah menguji dan mengesahkan bahawa Space Sanitizer System mampu membasmi 99.998% koronavirus.

Perlindungan sehingga 100m² (meter per segi) saiz per bilik.

Kepekatan OZON adalah 0.05ppm bagi mod ‘Comfort’ dan 0.1ppm bagi mode ‘Boost’.


Berdasarkan kajian daripada Universiti Kesihatan Fujita, kepekatan OZON antara 0.05 ke 0.1ppm mampu meneutralkan partikal-partikal COVID-19 tanpa meninggalkan sisa berbahaya. Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). 

Anda digalakkan untuk menggunakan mod ‘Boost’ apabila terdapat ramai orang di dalam satu kawasan atau bau yang tidak menyenangkan dan bau formaldehyde yang perlu disingkirkan dengan kepekatan OZON yang tinggi.


Bagi situasi normal, mod ‘Comfort’ sudah memadai bagi memastikan udara bersih dan persekitaran yang selamat.

Terdapat dua jenis tangki di dalam Space Sanitizer System.  Air dari tangki elektrolisis adalah untuk menjanakan OZON tulen manakala tangki pelembap adalah berfungsi untuk meningkatkan kelembapan udara.


Anda perlu mengisi tangki elektrolisis dengan air tulen (air botol dengan penutup berwarna putih atau memiliki label ‘proses osmosis berbalik’ atau ‘air suling’) bagi memastikan gas OZON tulen dijanakan dan meningkatkan jangka hayat penjana OZON.


Manakala tangki air pelembap boleh diisi dengan air besih atau air tapisan.


Merupakan botol OZON mudah alih pertama di Malaysia yang mampu menukarkan air bersih kepada air OZON bagi disinfeksi dalam tempoh 90 saat.  Multipurpose OZONE Bottle telah dianugerahkan sebagai Penjana OZON Terbaik oleh Natural Health.

Hanya perlu isikan air bersih dalam Multipurpose OZONE Bottle dan tekan hutang pengaktifan OZON, dan air OZON akan dihasilkan. Anda boleh gunakan pada permukaan termasuk bahagian muka untuk disinfeksi dengan 100% semula jadi menggunakan air SAHAJA.

Pembersih tangan alkohol digunakan secara meluas oleh ramai orang. Walau bagaimanapun, sanitizer berasaskan alkohol menyejat dengan cepat dan mungkin tidak tinggal di permukaan cukup lama untuk membunuh bakteria dan virus.


Selain itu, pembersih tangan berasaskan alkohol akan memusnahkan penghalang dan nilai pH kulit kita, yang akan membahayakan kulit kita dan menyebabkan alahan, kemerahan, gatal-gatal, lepuh, bengkak, mengelupas dan juga rekahan permukaan kulit.


OZON adalah disinfektant semulajadi yang boleh membunuh bakteria dan virus dengan berkesan. OZON tidak mengandungi sebarang alkohol atau bahan kimia, jadi ia selamat dan lembut pada kulit dan tidak akan menyebabkan sensitiviti atau kerengsaan.

OZON adalah disinfektan semula jadi yang tidak meninggalkan sebarang sisa kimia selepas membasmi bakteria dan virus.  Maka, ia tidak memudaratkan kesihatan. 


Teknologi konvensional yang menghasilkan OZON daripada udara akan menjurus kepada penghasilan nitrogen oksida berbahaya.


Manakala, BiOLUX menggunakan teknology iEOG yang menghasilkan OZON daripada air, di mana tiada pengeluaran berbahaya seperti nitrogen oksida.


Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration).  Ianya selamat dan bebas toksik.


Boleh.  Kami mempunyai laporan ujian daripada Universiti Perubatan Nara di Jepun menyatakan air OZON mampu membasmi 99.974% koronavirus secara pantas dengan 5 kali semburan (0.2ml) air OZON.



Sekiranya anda ingin mengelap permukaan selepas disinfek, biarkan air OZON bertindak balas dengan bakteria dan virus sekurang-kurangnya 20 saat sebelum dilap.


Tidak menjadi isu sekiranya anda tidak mengelp permukaan selepas disinfek, OZON akan bertukar kepada oksigen selepas membasmi bakteria dan virus, ia tidak akan meninggalkan sisa bahan kimia pada permukaan.


Kapasiti Multipurpose OZONE Bottle adalah 150ml.

Anda boleh isikan dengan air paip pada suhu bilik/air tapis mineral ke dalam Multipurpose OZONE Bottle tetapi jangan gunakan air RO (Osmosis Berbalik)/air suling.



Mod 1 diaktifkan dengan menekan butang pengaktifan OZOE 2 kali secara berterusan, kepekatan OZON adalah sehingga 1ppm. Mod 1 disyorkan untuk penggunaan biasa untuk membasmi kuman tangan atau permukaan.


Mod 2 diaktifkan dengan menekan butang pengaktifan OZON 3 kali secara berterusan, kepekatan OZON adalah sehingga 2ppm.  Mod 2 disyorkan apabila permukaannya sangat tercemar atau untuk berkumur mulut dan membasmi kuman pada berus gigi.



OZON boleh bertahan sehingga 15 minit selepas selesai dijanakan.  Anda dinasihatkan menggunakan air OZON untuk membasmi kuman apabila LED BIRU berkelip.


OZON sangat aktif, ia akan mengoksidakan bakteria/virus dengan cepat lalu bertukar menjadi oksigen.




Anda dinasihatkan untuk mengikut arahan di bawah:

- Tidak menjanakan Multipurpose OZONE bottle ketika ia kosong atau paras air rendah, ini akan merosakkan penjana OZON

- Bersih dan kosongkan botol setelah selesai menggunakan pada penghujung setiap hari

-  Gunakan asid sitrik setiap 3 bulan atau 4 minggu (bergantung pada penggunaan dan kualiti air)



Multipurpose OZONE Bottle telah kehabisan bateri.  Anda perlu mengecas ia semula.



Pengecasan mengambil masa selama 1 jam. 

2 jam pengecasan diperlukan buat pertama kali penggunaan.  Pengecasan selesai apabila LED bertukar kepada LAMPU HIJAU.



Sambungkan Kabel pengecasan Jenis-C yang kami disediakan di dalam kotak Multipurpose OZONE Bottle kepada penyesuai (output: DC 5V/1A) dan palamkannya ke soket standard.



Boleh. Anda boleh menyemak harga penukaran dengan kami.


182 H2Mata

Kontrak Perkhidmatan

MYR 120.00 Auto Debit
24 H2Mata
MYR 120.00 Auto Debit
48 H2Mata