Memuatkan...
Berjaya
Gagal
Memuatkan...

Your Cart

Troli anda kosong

* Free Shipping for purchase above RM150 within Peninsular Malaysia

Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System
Space Sanitizer System

Space Sanitizer System

Wishlist
EOS7190-R

Deposit MYR 3,880.00
Serendah RM 161.67 / BulanRental   MYR

Kuantiti

Lindungi Keluarga dengan OZON – Space Sanitizer System (SSS)

Space Sanitizer System menggunakan teknologi elektrolisis yang paling canggih, hanya perlu isikan dengan air bersih dan ia akan menukar kepada air OZON ketulenan yang tinggi untuk sanitasi udara dan permukaan secara aktif.


Space Sanitizer System bertindak lebih bagus daripada pembersih udara! Pembersih udara biasanya akan bertindak secara pasif, di mana udara yang tercemar akan ditapis dan mengeluarkan udara yang sama. Proses ini tidak membasmi bakteria dan virus di dalam udara.


Space Sanitizer System menyanitasi secara aktif dan disinfek udara serta permukaan melalui pembebasan OZON bagi membasmi bakteria dan virus. 


OZON BiOLUX adalah Semula Jadi dan Agen Pengoksidaan yang Kuat

- Membasmi 99.998% Virus COVID-19

- Menyingkirkan Bakteria & Virus

- Menghilangkan Bau Busuk


Kelebihan Produk:

- OZON tulen, bebas sisa buangan berbahaya seperti Nitrogen Oxides

- Sanitasi sehingga 100m^2 (meter per segi)

- Fungsi kelembapan

- Reka bentuk kecil dan mudah alih, boleh diletakkan di atas meja atau dipasang pada dinding

- Bebas sisa kimia berbahaya kerana OZON hanya menghasilkan oksigen selepas sanitasi


Space Sanitizer System Sesuai Untuk:

- Mereka yang mempunyai asma dan masalah pernafasan

- Mereka yang memiliki haiwan peliharaan 

- Ibu dan bayi

- Mereka yang mempunyai alahan

- Mereka yang inginkan udara segar


Video Produk

Unboxing 

Ujian Bakteria ATP

   


Membebaskan gas OZON dengan kepekatan 0.05-0.1ppm ke udara, untuk membasmikan bakteria dan virus di udara dan permukaan secara aktif.


OZON adalah disinfektan semula jadi yang tidak meninggalkan sebarang sisa kimia selepas membasmi bakteria dan virus. Maka, ia tidak memudaratkan kesihatan.


Teknologi konvensional menjana OZON daripada udara akan menjurus kepada penghasilan nitrogen oxides yang berbahaya.


Manakala, BiOLUX menggunakan teknologi iEOG yang menjanakan OZON daripada air, di mana tiada pengeluaran berbahaya seperti nitrogen oxides. Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). Ia selamat dan bebas daripada toksik.

Pembersih udara di pasaran bertindak secara pasif, di mana ia menapis udara yang tercemar dan mengeluarkan udara yang sama tanpa membasmi bakteria atau virus.


Space Sanitizer System bertindak secara aktif dalam menyanitasi dan disinfek udara dan permukaan dengan membebaskan OZON untuk membasmi bakteria dan virus.

Universiti Perubatan Nara di Jepun telah menguji dan mengesahkan bahawa Space Sanitizer System mampu membasmi 99.998% coronavirus.

Perlindungan sehingga 100m^2 (meter per segi) saiz per bilik.


Kepakatan OZON adalah 0.05ppm bagi mod ‘Comfort’ dan 0.1ppm bagi mode ‘Boost’.


Berdasarkan kajian daripada Universiti Kesihatan Fujita, kepekatan OZON antara 0.05 ke 0.1ppm mampu meneutralkan partikal-partikal COVID-19 tanpa meninggalkan sisa berbahaya. Produk BiOLUX telah mematuhi piawaian standard oleh OSHA (Occupational Safety and Health Administration). 


Anda digalakkan untuk menggunakan mod ‘Boost’ apabila terdapat ramai orang di dalam satu kawasan atau bau yang tidak menyenangkan dan bau formaldehyde yang perlu disingkirkan dengan kepekatan OZON yang tinggi.


Bagi situasi normal, mod ‘Comfort’ sudah memadai bagi memastikan udara bersih dan persekitaran yang selamat.


Terdapat dua jenis tangki di dalam Space Sanitizer System.  Air dari tangki elektrolisis adalah untuk menjanakan OZON tulen manakala tangki pelembap adalah berfungsi untuk meningkatkan kelembapan udara.


Anda perlu mengisi tangki elektrolisis dengan air tulen (air botol dengan penutup berwarna putih atau memiliki label ‘proses osmosis berbalik’ atau ‘air suling’) bagi memastikan gas OZON tulen dijanakan dan meningkatkan jangka hayat penjana OZON.


Manakala tangki air pelembap boleh diisi dengan air besih atau air tapisan.


32 H2Mata